Selasa, 18 Ogos 2009

kata aluan YDP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran diucap-kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dan hidayahNya, tertubuhlah Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) pada Januari 2007 sebagai kesinambungan daripada Sekolah Pengajian Pengurusan (SPP), Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Selaras dengan kenaikan taraf daripada Sekolah Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Perniagaan maka visi, misi dan matlamat FPPP adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang berilmu, berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan berakhlak mulia yang mampu memenuhi keperluan guna tenaga global.

Persatuan perbankan adalah satu satu darinya, dengan adanya kelab ini boleh memantapkan lagi pencapaian dan memenuhi tenaga kerja di negara kita ini. Persatuan sangatlah penting kerana menjadi alat untuk kita memajukan diri dari segi komitmen ataupun sumbangan sekaligus meningkatkan kebolehan dan kemahiran insaniah.

Dengan kecanggihan ict sekarang, maka terciptalah laman blog ini. Ini menggambarkan bahawa kita semua mesti seiring dengan kemajuan dalam teknologi supaya kita tidak lagi mundur dan kebelakang. Walaupun ini bukan pengajian kita juga msti tahu serba sedikit mengenai it ini. Sehubungan dengan ini, saya dengan penuh rasa berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang dan seterusnya melayari laman blog Persatuan Mahasiswa Perbankan ini.

Salam mesra,

Mohd Nur Hafsyam Mohd Wazir
YDP Persatuan Mahasiswa Perbankan,
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan,
Universiti Darul Iman Malaysia